PERAK MULTISPORT FESTIVAL 2026

PERAK MULTISPORT FESTIVAL 2026

PERAK MULTISPORT FESTIVAL 2026

LUMUT, 6 Jun – Marina Island Pangkor terus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan sukan utama apabila dipilih sebagai Penaja Lokasi rasmi buat kali kelima bagi penganjuran Perak Multisport Festival 2026 yang berlangsung pada Sabtu.

Acara berprestij itu berjaya menghimpunkan penyertaan hebat daripada komuniti atlet tempatan dan antarabangsa. Para peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi menerusi empat kategori utama yang dipertandingkan, iaitu Triathlon, Duathlon, Aquathlon, dan Fun Run.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan bersama oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Marina Island Group, Ms. Ding Mei Looi.

Pihak pengurusan Marina Island Group turut merakamkan penghargaan kepada XS Elite Performance selaku pihak penganjur atas kerjasama erat dalam menjayakan festival kali ini.

Penganjuran konsisten acara bertaraf seperti ini diharap dapat terus menjadi penanda aras dalam melonjakkan sektor pelancongan sukan sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri Perak secara mampan.

Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1BSJEG2Hwo/
Instagram: https://www.instagram.com/p/DZWV2LKj86L/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Similar Posts