BERNAMA ARTICLES_MARINA ISLAND

BERNAMA – Pelancongan Pelayaran Buka Pasaran Antarabangsa Buat Produk Tempatan Perak

LUMUT, 22 Jun (Bernama) — Industri pelancongan pelayaran berpotensi menjadi sumber ekonomi baharu apabila kapal persiaran Star Dream Cruise dari Singapura singgah di perairan Pulau Pangkor hari ini, sekali gus membawa limpahan rezeki kepada peniaga, pengusaha pengangkutan dan pemain industri pelancongan di koridor Manjung-Sitiawan.

Perkara itu diakui Pengurus Pemasaran Sarang Burung Walet Jess Lum dengan berkata pihaknya mengambil peluang untuk mempromosikan produk tempatan dan jenama syarikat itu kepada para pelancong berkenaan.

“Sarang burung walet antara produk premium Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat Cina, selain Singapura berfungsi sebagai hab penting untuk memperluas pasaran ke negara lain.

“Ini peluang terbaik untuk memperkenalkan produk yang mewakili Sitiawan dan Perak. Apabila pelancong mengenali produk ini, mereka mungkin akan datang ke bilik pameran kami di Sitiawan untuk mengetahui lebih lanjut atau membuat pembelian,” katanya ketika ditemui di Kompleks Jeti Marina Island di sini.

Peniaga durian Ling Wei Yao, 33, dari Sitiawan berkata ketibaan Star Dream Cruise itu mampu membuka peluang pendapatan baharu kepada peniaga kecil.

“Saya kali pertama menyertai program ini dengan menjual pelbagai jenis durian premium termasuk Musang King dan Black Thorn selain air kelapa dan pencuci mulut berasaskan kelapa.

“Selain meluangkan masa di sekitar kompleks jeti ini, ada pelancong yang berjalan-jalan dengan menaiki bas di sekitar Manjung dan Sitiawan. Ada juga yang menikmati durian di premis kami atau membawanya pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Group Marina Island Ding Mei Looi berkata persinggahan kapal persiaran itu masih dalam fasa percubaan, namun sambutan positif daripada pelancong dan peniaga tempatan menunjukkan potensi besar sektor itu untuk berkembang di daerah berkenaan.

“Pengalaman daripada persinggahan pertama dan kedua kapal ini banyak membantu pihak kami untuk memahami kehendak pelancong antarabangsa, khususnya dari Singapura yang juga majoriti penumpang,” katanya.

Ding berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak lokasi lawatan di sekitar Manjung selain mewujudkan bazar khas yang menghimpunkan produk tempatan bagi memudahkan pelancong mendapatkan cenderamata dan makanan tradisional.

Beliau berkata tempoh lawatan yang singkat, iaitu kira-kira enam jam memerlukan destinasi pelancongan yang dekat, mudah diakses dan mampu memberi pengalaman unik kepada pelawat.

Sementara itu, Pengarah Pan Silver Ferry Ling Hor berkata ketibaan kapal persiaran itu membuka peluang untuk meletakkan Perak dalam peta pelancongan pelayaran serantau.

Beliau berkata selama ini persinggahan kapal persiaran lebih sinonim dengan destinasi seperti Pulau Pinang, Melaka dan Pelabuhan Klang, namun Marina Island dan Pulau Pangkor kini berpeluang muncul sebagai pintu masuk baharu pelancong antarabangsa ke Perak.

“Kami berharap lebih banyak pihak dapat bekerjasama bagi memastikan kemudahan, proses imigresen dan pengalaman pelancong berada pada tahap terbaik supaya syarikat pelayaran terus memilih destinasi ini pada masa hadapan,” katanya.

Kira-kira 1,500 pengunjung dari Singapura turun di Kompleks Jeti Marina Island dan Pulau Pangkor menerusi persinggahan Star Dream Cruise buat kali kedua dengan ketibaan kali pertama adalah pada awal bulan ini.

Program pelancongan pelayaran itu adalah kerjasama antara Tourism Perak Management Berhad, Persatuan Pembangunan Mampan Pelancongan Manjung Perak, Marina Island dan Pan Silver Ferry.

Selain melawat gerai di jeti, para pelancong turut dibawa ke Pulau Pangkor, Kuil Tua Pek Kong, Hasil Laut Jamilah, seni mural jalanan dan pasar raya AEON Seri Manjung.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2571702

 

Similar Posts

  • Perak Chinese Chamber of Commerce (Manjung Branch) restarts the Beauty of Manjung – China Press (Friday, 5th August 2022)

    Perak Chinese Chamber of Commerce (Manjung Branch) restarts the Beauty of Manjung – China Press (Friday, 5th August 2022) Full article: https://perak.chinapress.com.my/?p=109843 FB: https://www.facebook.com/360226337407539/posts/pfbid025MPJMbUnvdBQwETuL75wjMKQ9CzXeFVhhnwzV1sCKA28etbcDS9p6fitKnEvZzrl/?d=n News highlights: 🗞️ The Tourism Plan “Beauty of Manjung” aims to do monthly visits in promoting the hidden gems and tourist attractions in Manjung districts and to cover local delicacies, accommodation…

  • Cari Destinasi (9 July 2021)

    𝐖𝐎𝐖! 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐫 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 & 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝟓𝟕+ 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐎𝐏𝐔𝐋𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏!! Terima kasih diucapkan kepada team Majalah Online CariDestinasi.com atas sokongan, ulasan yang positif serta rating yang diberikan kepada Marina Island Pangkor Resort & Hotel sebagai 57+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR tahun 2021.  Ikuti panduan khas tempat bercuti…

  • Bufet Ramadhan 2023 Paling Meriah Di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

    Bertemakan “Warna Warni Malaysia – Riuh-rendah Bersama Chef Obama”, Marina Island Pangkor Island Resort & Hotel kembali lagi pada tahun ini dengan variasi 118 Citarasa bufet Ramadhan yang enak dan pastinya sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera. Apa yang paling menarik untuk bufet kali ini terdapat 14 Stall makanan atau Live-Stations istimewa yang menyajikan pelbagai…

  • 实兆远泗义兴慈善协会 捐2万助曼绒舒缓护理协会

    (实兆远7日讯)在过去8年一直默默耕耘,免费为曼绒县癌症病人提供关怀与照顾的 配合该会举办慈善晚宴,筹获了2万令吉的善款,用于协助曼绒舒缓护理协会筹购会所。 霹雳实兆远泗义兴慈善协会主席江国强昨早连同理事拜访曼绒舒缓护理协会,并移交2万令吉支票的仪式上,接受记者访问时说,难得在曼绒社区有一群义工义务关怀与照顾癌症病人,因此他认为应该获得社区里的个人与组织用行动来支持。 他说,该协会刚好举办慈善晚宴,理事们就议决在晚宴上协助曼绒舒缓护理协会筹款,通过从竞标福品的总额中捐出10%,再另加福品米桶里的七千多令吉款项,成功助筹了2万令吉。 王庆宥:用行动支持病患 霹雳实兆远泗义兴慈善协会晚宴工委主席王庆宥说,该会非常开心,晚宴当晚的竞标福品活动能获得热烈的响应,超出预期的协助曼绒舒缓护理协会筹到了两万令吉。 泗义兴慈善协会传承的是仁义,这也符合曼绒舒缓护理协会关怀病患的理念,因此两个组织的理念可说是不谋而合,我们理所当然的要用行动来支持。 慈善协会晚宴工委副主席李奕汕则表示,希望该会这次的善举,能起到抛砖引玉的效果,激发更多个人与组织,认识到曼绒舒缓护理协会的工作,并用行动予以支持。 陈美蕊感谢购新会所助患 曼绒舒缓护理协会财政陈美蕊代表该会感谢泗义兴慈善协会的帮助,助该会筹到了2万令吉的购置会所基金。 她说,该会创始于2016年,在过去的8年里,己免费为超过600名癌症病患及他们的家人,提供了关怀与照顾的服务,而要购置会所的原因,就是希望让该会拥有一栋永久性的建筑,以便为患癌人士提供更好的照料与关怀服务。 陈美蕊说,该会拥有专业的人士为癌症病患及家人提供专业的服务,包括有专业医生、有接受过培训的护士及具辅导专业资格的义工等。 我们的筹款目标是100万令吉,计划是要购置两间双层店屋,以及用于未来数年的营运费。如果只有一间店屋的话,就会面对空间不够储存医疗器材与病床的问题。 她说,该会早前曾举办慈善晚宴筹款,惟距离目标还有距离,因此呼吁各界给予响应与支持。 她提到,该会成功申请到财政部批准的捐款用于报税的资格,意即任何捐予该协会的捐款,是可以用于扣税。 欲知更多详情,可联系:办公室(017-391 3068)、李女士(012-501 6448) 、玛莉安娜(Mariana,012-302 1985)或电邮:[email protected]。 Source: https://www.sinchew.com.my/?p=5589245

  • Fenomena “Laut Terbelah” Kembali di Pulau Pangkor Tahun 2026

    Fenomena “Laut Terbelah” Kembali di Pulau Pangkor 2026! Tahukah anda? Fenomena air surut unik yang dikenali sebagai “laut terbelah” dijangka berlaku di perairan Pulau Pangkor, Perak. Tarikh fenomena: • Isnin, 2 Februari 2026 (11.00am -0.1m) • Selasa, 3 Februari 2026 (11.40am -0.2m) • Rabu, 4 Februari 2026 (12.16pm -0.3m) Makluman lanjut boleh rujuk di laman…

  • News Article Viral Perak Tengah – 72 METER Longest LOU SANG in PERAK

    “HUAT AH” Everyone to TOSS TOGETHER Tuesday, 13 February 2024 Kali ini acara gulung acara yang mana semasa Chinese New Year LOU SANG terpanjang iaitu 72 meter sempena juga sama umur DATO ‘Ding Poi Chung Pengarah Urusan Marina island. Acara dimulakan ketibaan tetamu jemputan seteruskan ketibaan jemputan VIP serta VVIP Lagu NEGARAKU dimainkan lagu Negeri Perak….