Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Tiada Kenaikan Harga Tambang Feri, Penginapan di Marina Island

LUMUT: Tiada kenaikan harga bagi tambang feri, penginapan dan perkhidmatan lain di Marina Island tahun ini biarpun terdapat kenaikan pada kadar cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi, berkata syarikat itu akan menyerap segala peningkatan kos operasinya bagi menarik lebih ramai pengunjung serta menggalakkan rakyat melancong di dalam negara, selain merancakkan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).

Mei Looi berkata, pulau buatan itu menerima kira-kira 800,000 hingga sejuta pengunjung setahun bagi menikmati semua perkhidmatan disediakan.

“Bagi suku pertama tahun ini terdapat peningkatan susulan kempen Tahun Melawat Perak dan kita menjangkakan ia akan terus rancak sehingga hujung tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel di sini.

Bagi memberikan perkhidmatan terbaik, pihaknya telah bekerjasama dengan 60 pemandu pelancong bagi memastikan pelancong mendapat pengalaman menakjubkan ketika melawat Pulau Pangkor dan sekitarnya.

Bercakap mengenai bufet Ramadan, keistimewaan tahun ini ialah hidangan siakap gergasi seberat empat hingga enam kilogram yang dibakar setiap hari bersama kira-kira 100 hidangan lain yang menjadi tarikan di Terumbu Cafe yang dapat memuatkan 250 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan itu dijual pada harga RM86 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bermula 16 Mac hingga 7 April ini, di samping menjamu selera hadiah menarik cabutan bertuah menanti tetamu yang berkunjung setiap hari.

Sumber info: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/03/1225144/tiada-kenaikan-harga-tambang-feri-penginapan-di-marina-island

Similar Posts

  • Perarakan Tanglung, Persembahan Kesenian & Pameran Perkahwinan diraikan di Fiesta Cahaya Marina 2022

    Perarakan Tanglung, Persembahan Kesenian & Pameran Perkahwinan diraikan di Fiesta Cahaya Marina 2022 (Pelamin dan dekorasi serba cantik di tepi laut cipta kelainan untuk Pameran Perkahwinan di Fiesta Cahaya Marina) LUMUT – Ketibaan pengunjung di acara Fiesta Cahaya Marina 2022 disambut dengan lebih 500 tanglung LED berwarna-warni yang diberikan secara percuma di perkarangan Kompleks Jeti…

  • 再迎2千旅客登陆码头 开创霹“邮轮旅游”新页

    (实兆远22日讯) 继6月1日的“处女航”获得好评及成功后,领航星号 (Star Voyager) ,今早再一次载送约2000名旅客从新加坡启航抵达邦咯海域后,转乘渡轮登陆 及玛丽娜岛码头,开创了霹雳州“邮轮旅游”的新页。 今早登岸的旅客以3种方式展开他们的半日游旅程,即第一种是报名参加由旅行社安排的邦咯游及实兆远游,第二种是乘搭玛丽岛公司安排的巴士,前往大伯公庙及永旺购物商场的固定景点,第三种则是选择包车或乘搭电召车的方式到实兆远展开自由行活动。 玛丽娜岛度假村有限公司今早为这批旅客举办了欢迎仪式,邀请到各政府部门官员、酋长拿督沙哈鲁丁、阿斯达卡州议员黄天荣等在现场迎接。 黄天荣:商家应做好准备迎商机 黄天荣受访时说,邮轮公司选择到霹雳州靠岸,对于霹雳旅游业尤其是曼绒商家而言是一项难得的机会,因此商家需把握这个机会,争取商机。 他提到,根据邮轮公司计划,在11月及12月还会安排多达7趟的邮轮行程抵达霹雳,并一样会在邦咯岛及玛丽娜岛登陆,因此商家可以提前做准备,以迎接商机。 “旅客的观光景点,主要是邦咯及实兆远地区,有的参加旅游团,有的是自由行,而会去的景点,包括了大伯公庙、实兆远开垦文化街及购物商场等,而我已向旅游公司建议,可以增加安排旅客前往的景点,如位于甘文阁的福州垦场博物馆,以及带旅客前往品尝本地美食等。” 陈美蕊:提供前往景点巴士服务 玛丽娜岛首席执行员陈美蕊说,为了让旅客留下好的印象,该公司除了安排迎接活动,以及在码头广场设立土产及美食档口外,今早更汲取了上次的经验,为旅客提供了前往景点的巴士服务。 “旅客的观光时间只有4至6小时,因此为了方便旅客,我们在码头广场安排了榴梿、邦咯岛江鱼仔、福州红酒面线及酸辣鱼漂、江鱼仔、福州干拌面及土产等的档口,让前往市区观光后返回码头的旅客,可以在码头品尝榴梿、福州美食,同时也能购买土产带回当伴手礼。” 她提到,他们发现旅客中也有回乡探亲的“原实兆远人”,即那些从实兆远移民到新加坡的游子,特地搭乘邮轮回乡旅游及探亲。 林豪:可通过旅客宣传霹 负责安排前往邮轮接载旅客登陆的泛银渡轮有限公司董事经理林豪则表示,过去邮轮只前往槟城、巴生及马六甲停驻,而这次能选择霹雳州无疑是一次良机,可达到通过旅客来宣传霹雳、邦咯岛及曼绒的目的。 “我们公司除了承诺做好接载及登陆工作外,也在州政府的协助下安排移民局官员登船为旅客办理入境手续,节省了旅客的时间,也让旅客留下好的印象。” 他说,今早登陆的约2000名旅客中,选择登陆邦咯岛及码丽娜岛的旅客各占一半。这次没有安排前往怡保,原因是时间上太紧迫。 多名来自曼绒的导游,包括冯道达、倪玉钦、郭昀妮、温云馨及包车司机游家恩等受访时都表示,他们是首次接待邮轮旅客在自己的家乡观光,因此必定会尽心尽力的,把家乡的人土风情及美食介绍给旅客,务必让他们留下好印象。 今早出席迎接旅客的嘉宾尚有玛丽娜岛主席拿督陈培春、邦咯岛管理委员会主任亚纳斯、曼绒旅游业公会主席余细俤、秘书钱汉昌、曼绒警区副主任罗再尼警监、曼绒警区内部安全及公共秩序主任王国豪副警监及曼绒市议会社区公共服务及旅游主任依沙等。 Source: https://www.sinchew.com.my/?p=7608762

  • 8TV Mandarin News (8 August 2021)

    Our 𝗖𝗘𝗢, 𝗗𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗶 𝗟𝗼𝗼𝗶 was featured in an interview with 8TV Mandarin News recently. Here’s what she had to say about the Government’s economic stimulus packages for the merchants and businessmen in the Hospitality & Tourism Industry during the Covid-19 pandemic. 𝗧𝗵𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲 𝗕𝗿𝗼𝗮𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗡𝗲𝘄𝘀 𝘄𝗮𝘀 𝗮𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗼𝗻 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟴, 𝟮𝟬𝟮𝟭. [Watch the video]…

  • Lou Sang yang terpanjang di Perak (28 Januari 2023)

    Acara Lou Sang yang terpanjang di Perak telah diadakan pada 28 Januari yang lalu di Marina Island, Lumut, Perak. Lou Sang merupakan makanan tradisional masyarakat Cina yang disediakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina sebagai simbol penyatuan dan kemurahan rezeki yang akan diterima sepanjang tahun. Lou Sang sepanjang 60 meter dengan 800 kg sayuran segar dan…