PERAK KINI - MPCS

Majlis Makan Malam dan Sumbangan Derma Kepada Manjung Palliative Care Society (MPCS)

SETIAWAN – Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hadir merasmikan majlis makan malam dan sumbangan derma kepada Pertubuhan Rawatan Palliatif Manjung(MPCS) bertempat di Restoran Bei King , Setiawan dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan.

Pada majlis tersebut Dato’ Ngeh Koo Ham turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 ribu dan disusuli oleh Syarikat Kar Sin Berhad berjumlah RM100 ribu serta dermawan yang turut menyampaikan sumbangan derma kepada MPCS.

Objektif utama MPCS ditubuhkan adalah untuk mengurangkan serta mengubati simptom yang terhasil akibat kanser. Selain itu perkhidmatan khidmat nasihat, pinjaman peralatan perubatan kepada pesakit kanser turut disediakan untuk ahli berdaftar.

MPCS menawarkan perkhidmatan percuma lebih daripada 600 pesakit kanser sekitar daerah Manjung oleh pasukan pakar perubatan sepanjang 8 tahun ia ditubuhkan. MPCS juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk bersama-sama menyokong pertubuhan ini.

Sumber maklumat: https://perakkini.com/majlis-makan-malam-dan-sumbangan-derma-kepada-manjung-palliative-care-society-mpcs/

Similar Posts