Santai Travel Edisi 89

[Artikel] Mudah & Selesa Ke Pangkor Melalui Jeti Kompleks Marina Island, Majalah Santai Travel Edisi 89

Marina Island Pangkor ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada majalah Santai Travel kerana sudi memaparkan artikel “Mudah & Selesa Ke Pangkor melalui Jeti Kompleks Marina Island” di dalam edisi terbaru mereka.

Perkhidmatan feri melalui Jeti Kompleks Marina Island Pangkor sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung kerana perjalanan feri yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja ke Pulau Pangkor.

Di dalam artikel tersebut, editor telah menyatakan bahawa pengunjung boleh membuat pembelian tiket secara walk-in di kaunter jeti atau dengan lebih cepat dan efisyen secara atas talian (online) di laman web PangkorFerry.com. Parkir yang luas, kemudahan awam, kiosk membeli-belah, medan selera dan tempat OOTD tepi laut turut tersedia.

Artikel penuh boleh dibaca di pautan berikut: https://issuu.com/santaidesign/docs/digital_.pdf_x/96

Santai Travel Edisi 89  Santai Travel Edisi 89

Similar Posts