KBM FONDO 1.0

KBM FONDO 1.0 2022

KBM FONDO 1.0 adalah acara yang julung kali diadakan buat para pencinta berbasikal anjuran bersama Kelab Berbasikal Manjung dan Marina Island. Kayuhan KBM FONDO 1.0 diadakan bagi menguji daya ketahanan peserta untuk melengkapkan laluan menerusi dua pilihan jarak berlainan iaitu 120km dan 75km dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kayuhan ini terbuka kepada peserta yang berumur 18 tahun dan keatas, serta pendaftaran boleh dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi KBM. Sebanyak 500 penyertaan dibuka dan hanya 100 peserta yang terawal akan mendapat hadiah istimewa. Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Oktober 2022.

Acara akan bermula dan berakhir di Marina Island Convention Centre (MICC) dan akan melalui beberapa jalan utama di sekitar kawasan Manjung termasuk ayer tawar, gelung pepuyu, pantai remis, segari dan lain-lain.

KBM FONDO 1.0
Days
Hours
Minutes
Seconds
Event Ended

Sunday, November 13, 2022

6:15 AM – 7:45 AM
Flag-Off

In Collaboration with

Share this on: