BERNAMA

News Article BERNAMA – SUKMA: KONTINJEN PERAK DALAM PERSIAPAN TERAKHIR

MANJUNG, 14 Julai (Bernama) — Kontinjen Perak kini dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal berlangsung bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kesemua atlet sudah berada pada fasa memperincikan strategi bagi membolehkan mereka menyumbang pingat emas.

“Kita kini dalam fasa akhir persiapan malah latihan intensif akhir sekarang lebih kepada soal memantapkan semangat sepasukan dan pengukuhan kerohanian dalam kalangan atlet.

“Hasil daripada ‘terjahan’ yang dilakukan terhadap persiapan pasukan setakat ini amat positif dan kita juga terapkan dari segi kerohanian kepada atlet untuk sentiasa mempunyai jiwa yang kuat bersaing demi negeri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Lantern Night Run di Kompleks Jeti Marina Island yang turut dihadiri Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung Datuk Shaharudin Nazari dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Khairudin berkata seramai 828 atlet membabitkan 512 lelaki dan 316 wanita akan berlepas ke Bumi Kenyalang secara berperingkat mengikut jadual yang disusun pasukan masing-masing.

“Paling awal ialah pasukan perahu layar akan berlepas ke sana (Sarawak) pada 5 Ogos bagi penyesuaian ‘gelanggang’ di Miri dan kelompok besar akan bergerak serta berada di Sarawak sebelum 17 Ogos ini.

“Kita juga menasihati atlet kita untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ketika latihan akhir ini kerana ia langkah penting bagi memastikan mereka tidak cedera sebelum bermulanya temasya SUKMA,” katanya.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita; yang bakal berlangsung di sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sementara itu, mengenai Lantern Night Run, Shaharudin yang juga Pengerusi Persatuan Minda Sihat Manjung (PMSM) berkata penganjuran julung kali acara tersebut pada waktu malam mendapat sambutan meriah dengan penyertaan hampir 2, 000 peserta daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

“PMSM dengan kerjasama Kompleks Jeti Marina Island setiap tahun telah menganjurkan program yang berkonsepkan larian santai sejauh 5 kilometer bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan berorientasi riadah bersama keluarga.

“Tahun ini kita buat kelainan iaitu pada sebelah malam, ingatkan tiada sambutan namun jumlah yang hadir sebagai peserta pada saat akhir pun melebihi 400 orang dan ini salah satu usaha kita membudayakan amalan hidup sihat melalui sukan untuk semua,” katanya.

— BERNAMA

Sumber Maklumat : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2317351

Similar Posts

  • 实兆远泗义兴慈善协会 捐2万助曼绒舒缓护理协会

    (实兆远7日讯)在过去8年一直默默耕耘,免费为曼绒县癌症病人提供关怀与照顾的 配合该会举办慈善晚宴,筹获了2万令吉的善款,用于协助曼绒舒缓护理协会筹购会所。 霹雳实兆远泗义兴慈善协会主席江国强昨早连同理事拜访曼绒舒缓护理协会,并移交2万令吉支票的仪式上,接受记者访问时说,难得在曼绒社区有一群义工义务关怀与照顾癌症病人,因此他认为应该获得社区里的个人与组织用行动来支持。 他说,该协会刚好举办慈善晚宴,理事们就议决在晚宴上协助曼绒舒缓护理协会筹款,通过从竞标福品的总额中捐出10%,再另加福品米桶里的七千多令吉款项,成功助筹了2万令吉。 王庆宥:用行动支持病患 霹雳实兆远泗义兴慈善协会晚宴工委主席王庆宥说,该会非常开心,晚宴当晚的竞标福品活动能获得热烈的响应,超出预期的协助曼绒舒缓护理协会筹到了两万令吉。 泗义兴慈善协会传承的是仁义,这也符合曼绒舒缓护理协会关怀病患的理念,因此两个组织的理念可说是不谋而合,我们理所当然的要用行动来支持。 慈善协会晚宴工委副主席李奕汕则表示,希望该会这次的善举,能起到抛砖引玉的效果,激发更多个人与组织,认识到曼绒舒缓护理协会的工作,并用行动予以支持。 陈美蕊感谢购新会所助患 曼绒舒缓护理协会财政陈美蕊代表该会感谢泗义兴慈善协会的帮助,助该会筹到了2万令吉的购置会所基金。 她说,该会创始于2016年,在过去的8年里,己免费为超过600名癌症病患及他们的家人,提供了关怀与照顾的服务,而要购置会所的原因,就是希望让该会拥有一栋永久性的建筑,以便为患癌人士提供更好的照料与关怀服务。 陈美蕊说,该会拥有专业的人士为癌症病患及家人提供专业的服务,包括有专业医生、有接受过培训的护士及具辅导专业资格的义工等。 我们的筹款目标是100万令吉,计划是要购置两间双层店屋,以及用于未来数年的营运费。如果只有一间店屋的话,就会面对空间不够储存医疗器材与病床的问题。 她说,该会早前曾举办慈善晚宴筹款,惟距离目标还有距离,因此呼吁各界给予响应与支持。 她提到,该会成功申请到财政部批准的捐款用于报税的资格,意即任何捐予该协会的捐款,是可以用于扣税。 欲知更多详情,可联系:办公室(017-391 3068)、李女士(012-501 6448) 、玛莉安娜(Mariana,012-302 1985)或电邮:[email protected]。 Source: https://www.sinchew.com.my/?p=5589245

  • [Artikel] Mudah & Selesa Ke Pangkor Melalui Jeti Kompleks Marina Island, Majalah Santai Travel Edisi 89

    Marina Island Pangkor ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada majalah Santai Travel kerana sudi memaparkan artikel “Mudah & Selesa Ke Pangkor melalui Jeti Kompleks Marina Island” di dalam edisi terbaru mereka. Perkhidmatan feri melalui Jeti Kompleks Marina Island Pangkor sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung kerana perjalanan feri yang hanya mengambil masa 10 minit…

  • 车位广阔 方便游客去邦咯岛 Marina Island:停车费合理

    红土坎14日讯)红土坎海洋名胜度假村(Marina Island)首席执行员陈美橤指出,于高峰时刻在该度假村内停车收费23令吉是 合理 的,因为该码头建有各种设施,同时提供广阔的停车空间,同时也可轻易乘船去岛屿。 她说,游客把车停上6个小时才征收上述收费,若车停放少于6小时,只征收每小时1令吉。此外,度假村在缴费后提供1小时的免费停车,以方便游客准备好才离开码头。 “其实停车收费是合理的,因为我们保证有停车位,游客无需走太远寻找停车位。 她昨日在度假村内出席72公尺的捞生宴时这么指出。社媒早前流传,有游客在这度假村停车不到两天被征收40令吉 同时陈美橤指出,该度假村将会不时增加停车位,以为更多要前往 邦咯岛 邦咯岛 的游客提供停车方便。 我们提升了很多设施,包括有盖收费柜台、残障人士及乐龄人士设施。 霹雳行政议员郑国霖受邀出席这项各族一起捞生仪式。这项别开生面的捞生长72公尺,由900公斤新鲜蔬菜加上特制酱汁制成,并由48名志愿人士耗时两个小时准备。 Full news here: https://perak.sinchew.com.my/?p=5392124

  • 往返玛丽娜岛与邦咯 渡轮票价保持

    实兆远18日讯)尽管受到服务税从6%调升至8%的影响,但往返 邦咯岛与的渡轮票价依然保持原价,没有调涨。 玛丽娜岛私人渡假村首席执行员陈美蕊表示,为了配合州政府的霹雳旅游年计划,该公司自行吸纳了调涨服务税后所增加的营运成本,以吸引更多的国内外旅客前来红土坎及邦咯岛旅游。 除了渡轮票价没有调涨之外,玛丽娜岛度假村上的住宿与其他服务会保持原价。 陈美蕊日前出席该度假村酒店餐厅的斋戒月自助餐推介活动时向媒体说,玛丽娜岛每年会接待约80万至100万的游客,从今年的第一季度开始,因受惠于2024旅游年,已看到旅客人数增加的趋势,并且预测这一趋势会持续至今年年底, 她还提到,该公司会与60名导游合作,通过导游推广,吸引更多旅各来探索邦咯岛及其周边地区的旅游活动。 Source: https://perak.sinchew.com.my/news/20240318/perak/5470220

  • Artike Sinchew – Dianggarkan kira-kira 2,000 dodol dihasilkan dan diagihkan kepada NGO (11 Mei 2023)

    Terima kasih kepada rakan media di Sin Chew Daily Malaysia atas liputan dan sokongan. Baca artikel yang bertajuk “130 orang bergotong-royong mengacau 20 kawah dodol” di https://www.sinchew.com.my/?p=4671282 Dianggarkan kira-kira 2,000 dodol dihasilkan dan diagihkan kepada NGO di Lumut termasuk beberapa buah rumah anak yatim dan pusat OKU. Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Ding Mei Looi berkata…

  • Perak Chinese Chamber of Commerce (Manjung Branch) restarts the Beauty of Manjung – China Press (Friday, 5th August 2022)

    Perak Chinese Chamber of Commerce (Manjung Branch) restarts the Beauty of Manjung – China Press (Friday, 5th August 2022) Full article: https://perak.chinapress.com.my/?p=109843 FB: https://www.facebook.com/360226337407539/posts/pfbid025MPJMbUnvdBQwETuL75wjMKQ9CzXeFVhhnwzV1sCKA28etbcDS9p6fitKnEvZzrl/?d=n News highlights: 🗞️ The Tourism Plan “Beauty of Manjung” aims to do monthly visits in promoting the hidden gems and tourist attractions in Manjung districts and to cover local delicacies, accommodation…