Perak Kini

Marina Island Pangkor Sambut Tahun Baru Cina dengan membuat Lou Sang terpanjang di Perak

“Marina Island Pangkor Sambut Tahun Baru Cina dengan membuat Lou Sang terpanjang di Perak”, Perak Kini (Ahad, 29 Januari 2023)

Dalam sebuah video liputan berdurasi lebih dari 4 minit itu, Chef Obama Azmi, Chef Terumbu Café Marina Island Pangkor Resort & Hotel telah menceritakan pengalaman beliau menyediakan Lou Sang sepanjang 60 meter pada tahun ini dengan 800kg sayur-sayuran segar bersama sos istimewa. Beliau juga menjamin bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Cik Ding Mei Looi, Ketua Pengarah Eksekutif Marina Island ketika ditemubual pula menyatakan, “Kami ingin membudayakan Lou Sang ini kepada semua bangsa Malaysia, bukan sahaja kaum Cina dalam meraikan tahun baru cina, tetapi juga buat kaum Melayu, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, Malaysia kini diterajui Kerajaan Perpaduan, kami dengan ini menyahut seruan kerajaan perpaduan demi masa depan yang lebih majmuk.”

Acara Lou Yee Sang ini juga turut dihadiri oleh YB Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor. Beliau memuji acara Lou Yee Sang di Marina Island sangat menarik dan beliau turut percaya ini adalah Lou Yee Sang terpanjang di Negeri Perak.

Beliau turut berkata, “Anjuran hari ini kita menerima kehadiran pelancong daripada Negara Eropah dan sebagainya. Justeru, kita berharap aktiviti sebegini dapat memajukan lagi aktiviti pelancongan di Negeri Perak dan seterusnya memajukan sektor pelancongan untuk Malaysia.”

Tonton video penuh Perak Kini di link berikut;
https://fb.watch/ilycoG1jJv/

Fb: https://fb.watch/imVh_B7soG/

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan media Perak Kini atas sokongan dan liputan sepanjang acara Lou Yee Sang berlangsung di Marina Island.

Similar Posts

  • Manjung-first Straw Rolls Park in Marina Island (China Press Perak)

    News Highlights: 🌀 Today’s paddy farmers in Malaysia have taken steps to dispose of harvest leftovers into volumes of straw rolls in response to environmental protection. 🌀 Straw rolls have become an alternative attraction on-farm during harvesting seasons and dry seasons in most rural areas, 🌀 For the first time in Manjung, Marina Island is…

  • 曼绒舒缓护理协会慈善筹款晚宴

    (实兆远28日讯)曼绒舒缓护理协会主席李利勇说,该会是非盈利机构,于2016年成立至今会所已搬迁过一次,目前会于同心花园的会所也是由一名热心人士象征式的租金出租。 他说,但由于登记要求照顾的末期癌病患不断增加,是为了有更广阔可容纳更多病床,以及储放各种医疗器材的空间,该会于是决定购买属于本身的会所,以更有效的为需要的病患和他们的家属提供服务。李利勇昨晚在该会于实兆远平安村北京大饭店举办慈善筹款晚宴说晚会是为筹募购买会所基金及行政开销等费用,希望热心人士继续给予该会支持。 他说,曼绒舒缓护理协会服务团队的专业人员有医生、护士和志工,并以医疗器材及患者家人提供辅导,免费为病危和无法治瘉的病患提供服务,地方上若有需要的病患,可以联络本会登记为会员再进一步安排。他也说,该会目前仍为约50名病患提供服务,而成立至今的8年时间内,也总共为曼绒区内的约600名癌患提供服务,病患年龄介于1岁至90余岁。他也说,该会也已获得批准税务减免,善长仁翁捐献的善款可以扣除税务。希望大家继续给予该会支持,以达到筹款100万令吉的目标。 行动党木威国会议员拿督倪可汉,赞扬曼绒舒缓护理协会同仁提供的免费服务,让许多有需要的病患和他们的家属获得照护和辅导,让他们的病情获得照顾,减轻病痛。他说,社会上需要更多能够为需要的群体提供服务的人,无论是财力或物力上给予他们支持,例如像舒缓护理服务,就能协助病患减轻病痛带来的痛及在人生的最后阶段活得更有尊严。倪可汉昨晚也宣布拨款5万令吉,充作曼绒舒缓护理协会购会所基金,大会财政陈美橤也在会上向出席者和热心捐款者致谢,现场筹款活动也为晚会筹获另外的1万6892令吉善款。 Source: https://perak.chinapress.com.my/?p=178265

  • Program Jiwa Murni: Bersama Menjaga Keindahan Marina Island

    Lumut, 19 Februari 2025 – Marina Island Pangkor dengan bangganya berkolaborasi bersama Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) dalam Program Jiwa Murni pada 19 Februari 2025. Program ini merupakan sebuah inisiatif komuniti untuk membersihkan pantai dan dasar laut di sekitar Lagun Marina Island. Program ini turut disertai oleh Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api,…

  • Bidadari.my (7 July 2021)

    𝗖𝗵𝗲𝗰𝗸 𝘁𝗵𝗶𝘀 𝗼𝘂𝘁 𝗴𝘂𝘆𝘀! 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗻𝗱 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝟳𝟱 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟭. “Lumut mempunyai beberapa tarikan pelancongan, dan Marina Island ialah salah satunya. Bagi yang ingin berkelah di tepi pantai, ini salah satu port yang wajib anda singgah….” Baca selanjutnya: https://bidadari.my/tempat-perak/

  • 车位广阔 方便游客去邦咯岛 Marina Island:停车费合理

    红土坎14日讯)红土坎海洋名胜度假村(Marina Island)首席执行员陈美橤指出,于高峰时刻在该度假村内停车收费23令吉是 合理 的,因为该码头建有各种设施,同时提供广阔的停车空间,同时也可轻易乘船去岛屿。 她说,游客把车停上6个小时才征收上述收费,若车停放少于6小时,只征收每小时1令吉。此外,度假村在缴费后提供1小时的免费停车,以方便游客准备好才离开码头。 “其实停车收费是合理的,因为我们保证有停车位,游客无需走太远寻找停车位。 她昨日在度假村内出席72公尺的捞生宴时这么指出。社媒早前流传,有游客在这度假村停车不到两天被征收40令吉 同时陈美橤指出,该度假村将会不时增加停车位,以为更多要前往 邦咯岛 邦咯岛 的游客提供停车方便。 我们提升了很多设施,包括有盖收费柜台、残障人士及乐龄人士设施。 霹雳行政议员郑国霖受邀出席这项各族一起捞生仪式。这项别开生面的捞生长72公尺,由900公斤新鲜蔬菜加上特制酱汁制成,并由48名志愿人士耗时两个小时准备。 Full news here: https://perak.sinchew.com.my/?p=5392124

  • News Article BERNAMA – SUKMA: KONTINJEN PERAK DALAM PERSIAPAN TERAKHIR

    MANJUNG, 14 Julai (Bernama) — Kontinjen Perak kini dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal berlangsung bulan depan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kesemua atlet sudah berada pada fasa memperincikan strategi bagi membolehkan mereka menyumbang pingat emas. “Kita kini dalam fasa akhir…