BERNAMA ARTICLES_MARINA ISLAND

BERNAMA – Pelancongan Pelayaran Buka Pasaran Antarabangsa Buat Produk Tempatan Perak

LUMUT, 22 Jun (Bernama) — Industri pelancongan pelayaran berpotensi menjadi sumber ekonomi baharu apabila kapal persiaran Star Dream Cruise dari Singapura singgah di perairan Pulau Pangkor hari ini, sekali gus membawa limpahan rezeki kepada peniaga, pengusaha pengangkutan dan pemain industri pelancongan di koridor Manjung-Sitiawan.

Perkara itu diakui Pengurus Pemasaran Sarang Burung Walet Jess Lum dengan berkata pihaknya mengambil peluang untuk mempromosikan produk tempatan dan jenama syarikat itu kepada para pelancong berkenaan.

“Sarang burung walet antara produk premium Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat Cina, selain Singapura berfungsi sebagai hab penting untuk memperluas pasaran ke negara lain.

“Ini peluang terbaik untuk memperkenalkan produk yang mewakili Sitiawan dan Perak. Apabila pelancong mengenali produk ini, mereka mungkin akan datang ke bilik pameran kami di Sitiawan untuk mengetahui lebih lanjut atau membuat pembelian,” katanya ketika ditemui di Kompleks Jeti Marina Island di sini.

Peniaga durian Ling Wei Yao, 33, dari Sitiawan berkata ketibaan Star Dream Cruise itu mampu membuka peluang pendapatan baharu kepada peniaga kecil.

“Saya kali pertama menyertai program ini dengan menjual pelbagai jenis durian premium termasuk Musang King dan Black Thorn selain air kelapa dan pencuci mulut berasaskan kelapa.

“Selain meluangkan masa di sekitar kompleks jeti ini, ada pelancong yang berjalan-jalan dengan menaiki bas di sekitar Manjung dan Sitiawan. Ada juga yang menikmati durian di premis kami atau membawanya pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Group Marina Island Ding Mei Looi berkata persinggahan kapal persiaran itu masih dalam fasa percubaan, namun sambutan positif daripada pelancong dan peniaga tempatan menunjukkan potensi besar sektor itu untuk berkembang di daerah berkenaan.

“Pengalaman daripada persinggahan pertama dan kedua kapal ini banyak membantu pihak kami untuk memahami kehendak pelancong antarabangsa, khususnya dari Singapura yang juga majoriti penumpang,” katanya.

Ding berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak lokasi lawatan di sekitar Manjung selain mewujudkan bazar khas yang menghimpunkan produk tempatan bagi memudahkan pelancong mendapatkan cenderamata dan makanan tradisional.

Beliau berkata tempoh lawatan yang singkat, iaitu kira-kira enam jam memerlukan destinasi pelancongan yang dekat, mudah diakses dan mampu memberi pengalaman unik kepada pelawat.

Sementara itu, Pengarah Pan Silver Ferry Ling Hor berkata ketibaan kapal persiaran itu membuka peluang untuk meletakkan Perak dalam peta pelancongan pelayaran serantau.

Beliau berkata selama ini persinggahan kapal persiaran lebih sinonim dengan destinasi seperti Pulau Pinang, Melaka dan Pelabuhan Klang, namun Marina Island dan Pulau Pangkor kini berpeluang muncul sebagai pintu masuk baharu pelancong antarabangsa ke Perak.

“Kami berharap lebih banyak pihak dapat bekerjasama bagi memastikan kemudahan, proses imigresen dan pengalaman pelancong berada pada tahap terbaik supaya syarikat pelayaran terus memilih destinasi ini pada masa hadapan,” katanya.

Kira-kira 1,500 pengunjung dari Singapura turun di Kompleks Jeti Marina Island dan Pulau Pangkor menerusi persinggahan Star Dream Cruise buat kali kedua dengan ketibaan kali pertama adalah pada awal bulan ini.

Program pelancongan pelayaran itu adalah kerjasama antara Tourism Perak Management Berhad, Persatuan Pembangunan Mampan Pelancongan Manjung Perak, Marina Island dan Pan Silver Ferry.

Selain melawat gerai di jeti, para pelancong turut dibawa ke Pulau Pangkor, Kuil Tua Pek Kong, Hasil Laut Jamilah, seni mural jalanan dan pasar raya AEON Seri Manjung.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2571702

 

Similar Posts

  • News Article Perak China Press 号召同好组残疾队 球场上“一肢”独秀

    Terima kasih diucapkan kepada rakan media dari Perak China Press atas liputan berita mengenai kejayaan pasukan Perak Amputee Football Association (PAFA) dalam merangkul tempat ketiga di “Malaysia Amputee Football Tournament” pada 17 Jun 2023 yang lalu dan Marina Island Pangkor selaku sponsor utama pasukan atlet PAFA di perlawanan tersebut. Lihat liputan penuh di: https://perak.chinapress.com.my/?p=139556

  • PERAK MULTISPORT FESTIVAL 2026

    PERAK MULTISPORT FESTIVAL 2026 LUMUT, 6 Jun – Marina Island Pangkor terus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan sukan utama apabila dipilih sebagai Penaja Lokasi rasmi buat kali kelima bagi penganjuran Perak Multisport Festival 2026 yang berlangsung pada Sabtu. Acara berprestij itu berjaya menghimpunkan penyertaan hebat daripada komuniti atlet tempatan dan antarabangsa. Para peserta mempamerkan semangat…

  • 曼绒舒缓护理协会慈善筹款晚宴

    (实兆远28日讯)曼绒舒缓护理协会主席李利勇说,该会是非盈利机构,于2016年成立至今会所已搬迁过一次,目前会于同心花园的会所也是由一名热心人士象征式的租金出租。 他说,但由于登记要求照顾的末期癌病患不断增加,是为了有更广阔可容纳更多病床,以及储放各种医疗器材的空间,该会于是决定购买属于本身的会所,以更有效的为需要的病患和他们的家属提供服务。李利勇昨晚在该会于实兆远平安村北京大饭店举办慈善筹款晚宴说晚会是为筹募购买会所基金及行政开销等费用,希望热心人士继续给予该会支持。 他说,曼绒舒缓护理协会服务团队的专业人员有医生、护士和志工,并以医疗器材及患者家人提供辅导,免费为病危和无法治瘉的病患提供服务,地方上若有需要的病患,可以联络本会登记为会员再进一步安排。他也说,该会目前仍为约50名病患提供服务,而成立至今的8年时间内,也总共为曼绒区内的约600名癌患提供服务,病患年龄介于1岁至90余岁。他也说,该会也已获得批准税务减免,善长仁翁捐献的善款可以扣除税务。希望大家继续给予该会支持,以达到筹款100万令吉的目标。 行动党木威国会议员拿督倪可汉,赞扬曼绒舒缓护理协会同仁提供的免费服务,让许多有需要的病患和他们的家属获得照护和辅导,让他们的病情获得照顾,减轻病痛。他说,社会上需要更多能够为需要的群体提供服务的人,无论是财力或物力上给予他们支持,例如像舒缓护理服务,就能协助病患减轻病痛带来的痛及在人生的最后阶段活得更有尊严。倪可汉昨晚也宣布拨款5万令吉,充作曼绒舒缓护理协会购会所基金,大会财政陈美橤也在会上向出席者和热心捐款者致谢,现场筹款活动也为晚会筹获另外的1万6892令吉善款。 Source: https://perak.chinapress.com.my/?p=178265

  • MPCS Alu-alukan khidmat jururawat, sumbangan awam bantu tingkat rawatan paliatif

    LUMUT, 30 April (Bernama) Pertubuhan Rawatan Paliatif Manjung (MPCS) mengalu-alukan jururawat terlatih untuk bersama-sama mereka memberikan perkhidmatan rawatan paliatif kepada pesakit dan keluarga pesakit yang memerlukan. Presiden MPCS Dr Lee Li Yuan berkata ketika ini jururawat pakar dalam perkhidmatan rawatan itu sangat diperlukan rakyat termasuk di MPCS berikutan kadar penghidap pesakit kronik semakin meningkat terutama pesakit…