Artikel Utusan – SEBANYAK 20 kawah dodol dimasak di Marina Island Pangkor Hotel & Resort
UTUSAN – SEBANYAK 20 kawah dodol dimasak di Marina Island Pangkor Hotel & Resort di Teluk Muroh di Lumut sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.
Dodol menggunakan resipi Chef Eksekutif hotel tersebut, Obama Azmi dan dimasak secara bergotong-royong selama lapan jam, kemudian diagihkan secara percuma kepada masyarakat setempat.
Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Persatuan Bolasepak Orang Kudung Negeri Perak; Rumah Ngaji Teluk Muroh dan beberapa komuniti masyarakat tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Pangkor, Ding Mei Looi berkata, program itu mampu memberi suntikan semangat kekitaan dengan cara bergotong-royong serta menggamit nostalgia beraya di kampung.
Sementara itu, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed berkata, program itu selaras dengan konsep ‘TLDM dan masyarakat berpisah tiada’ serta sejajar aspirasi menjadikan Lumut sebagai Bandar Maritim yang mencerminkan nilai perpaduan, persefahaman dan kekitaan dalam komuniti di Manjung.
Lihat liputan penuh di;
https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2023/05/20-kawah-dodol-diagih-untuk-komuniti-manjung/