Manjung Palliative Care Association Charity

MPCS Alu-alukan khidmat jururawat, sumbangan awam bantu tingkat rawatan paliatif

LUMUT, 30 April (Bernama) Pertubuhan Rawatan Paliatif Manjung (MPCS) mengalu-alukan jururawat terlatih untuk bersama-sama mereka memberikan perkhidmatan rawatan paliatif kepada pesakit dan keluarga pesakit yang memerlukan.

Presiden MPCS Dr Lee Li Yuan berkata ketika ini jururawat pakar dalam perkhidmatan rawatan itu sangat diperlukan rakyat termasuk di MPCS berikutan kadar penghidap pesakit kronik semakin meningkat terutama pesakit kanser.

“Ketika ini kami mempunyai dua jururawat paliatif yang akan melawat rumah ke rumah bagi memberi rawatan dan memberi khidmat nasihat kepada waris keluarga pesakit kanser tahap akhir di sekitar Manjung,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Kutipan Dana untuk MPCS di sini, yang turut dihadiri Bendahari MPCS Ding Mei Looi.

Dr Lee berkata MPCS yang beroperasi sejak 2016 menyediakan perkhidmatan rawatan paliatif secara percuma dan setakat ini telah memberikan khidmat rawatan kepada kira-kira 600 pesakit yang sebahagian besarnya telah meninggal dunia.

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 50 pesakit kanser yang mendapat rawatan dengan MPCS dari sekitar Manjung dan kawasan berhampiran.

“Kami tahu terdapat ramai lagi waris pesakit yang memerlukan khidmat nasihat rawatan kepada ahli kelaurga yang menghidap kanser tahap akhir dan sukacitanya kami sedia memberikan perkhidmatan kepada semua tidak kira bangsa,” katanya.

Sementara itu, Ding berkata MPCS yang kini menyewa sebuah bangunan memerlukan bangunan sendiri yang lebih selesa untuk beroperasi dan membeli peralatan untuk rawatan termasuk tangki oksigen.

“Kami amat memerlukan sokongan orang ramai dan ia akan dikembalikan untuk memberi khidmat percuma kepada yang memerlukan di sekitar Manjung khasnya, kepada keluarga yang mempunyai ahli memerlukan rawatan paliatif, mereka boleh datang ke MPCS,” katanya.

Beliau berkata kira-kira RM600,000 berjaya dikutip pada majlis makan malam itu yang diadakan pada Ahad lepas.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjagaan paliatif adalah pendekatan perubatan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka yang berdepan penyakit kronik dengan mengatasi dan mengurangkan penderitaan, sama ada melalui rawatan fizikal, psikososial atau spiritual.

Sumber maklumat: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2292729
— BERNAMA

 

Similar Posts

  • Program Jiwa Murni: Bersama Menjaga Keindahan Marina Island

    Lumut, 19 Februari 2025 – Marina Island Pangkor dengan bangganya berkolaborasi bersama Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) dalam Program Jiwa Murni pada 19 Februari 2025. Program ini merupakan sebuah inisiatif komuniti untuk membersihkan pantai dan dasar laut di sekitar Lagun Marina Island. Program ini turut disertai oleh Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api,…

  • The longest Lou Sang in Perak is at Marina Island (China Press)

    #NewsFlash Manjung, 28th January – The longest Lou Sang in Perak is at Marina Island. (China Press) “Since 2019, Marina Island has become the annual host for the longest Spring Festival Lou Sang ceremony, and this year’s Lou Sang is at 60 meters long, and the ingredients weighs about 800 kilograms, which is still the…

  • 实兆远泗义兴慈善协会 捐2万助曼绒舒缓护理协会

    (实兆远7日讯)在过去8年一直默默耕耘,免费为曼绒县癌症病人提供关怀与照顾的 配合该会举办慈善晚宴,筹获了2万令吉的善款,用于协助曼绒舒缓护理协会筹购会所。 霹雳实兆远泗义兴慈善协会主席江国强昨早连同理事拜访曼绒舒缓护理协会,并移交2万令吉支票的仪式上,接受记者访问时说,难得在曼绒社区有一群义工义务关怀与照顾癌症病人,因此他认为应该获得社区里的个人与组织用行动来支持。 他说,该协会刚好举办慈善晚宴,理事们就议决在晚宴上协助曼绒舒缓护理协会筹款,通过从竞标福品的总额中捐出10%,再另加福品米桶里的七千多令吉款项,成功助筹了2万令吉。 王庆宥:用行动支持病患 霹雳实兆远泗义兴慈善协会晚宴工委主席王庆宥说,该会非常开心,晚宴当晚的竞标福品活动能获得热烈的响应,超出预期的协助曼绒舒缓护理协会筹到了两万令吉。 泗义兴慈善协会传承的是仁义,这也符合曼绒舒缓护理协会关怀病患的理念,因此两个组织的理念可说是不谋而合,我们理所当然的要用行动来支持。 慈善协会晚宴工委副主席李奕汕则表示,希望该会这次的善举,能起到抛砖引玉的效果,激发更多个人与组织,认识到曼绒舒缓护理协会的工作,并用行动予以支持。 陈美蕊感谢购新会所助患 曼绒舒缓护理协会财政陈美蕊代表该会感谢泗义兴慈善协会的帮助,助该会筹到了2万令吉的购置会所基金。 她说,该会创始于2016年,在过去的8年里,己免费为超过600名癌症病患及他们的家人,提供了关怀与照顾的服务,而要购置会所的原因,就是希望让该会拥有一栋永久性的建筑,以便为患癌人士提供更好的照料与关怀服务。 陈美蕊说,该会拥有专业的人士为癌症病患及家人提供专业的服务,包括有专业医生、有接受过培训的护士及具辅导专业资格的义工等。 我们的筹款目标是100万令吉,计划是要购置两间双层店屋,以及用于未来数年的营运费。如果只有一间店屋的话,就会面对空间不够储存医疗器材与病床的问题。 她说,该会早前曾举办慈善晚宴筹款,惟距离目标还有距离,因此呼吁各界给予响应与支持。 她提到,该会成功申请到财政部批准的捐款用于报税的资格,意即任何捐予该协会的捐款,是可以用于扣税。 欲知更多详情,可联系:办公室(017-391 3068)、李女士(012-501 6448) 、玛莉安娜(Mariana,012-302 1985)或电邮:[email protected]。 Source: https://www.sinchew.com.my/?p=5589245

  • CUKAI PERKHIDMATAN NAIK, HARGA TAMBANG FERI MARINA ISLAND TETAP KEKAL

    Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi berkata, bagi menggalakkan lebih ramai pelancong ke pulau itu sempena Tahun Melawat Perak 2024, syarikat terbabit akan mengekalkan harga tambang feri termasuk penginapan dan perkhidmatan. “Kami tidak akan menaikkan harga, sebaliknya syarikat akan menyerap segala peningkatan kos operasi. “Jadi sudah pasti lebih ramai pelancong akan datang ke…

  • Utusan Malaysia (14 October 2021)

    Keratan Akhbar Utusan Malaysia (Khamis, 14 Oktober 2021) Tajuk berita: Pelancong ke Pangkor meningkat Ulasan dari Ketua Pegawai Eksekutif Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, Ding Mei Looi mengenai peningkatan bilangan pengunjung ke Pangkor melalui jeti Marina dijangka mencapai 1,000 pengunjung pada Sabtu ini.  “Saya menasihati orang ramai membeli tiket feri secara atas talian bagi mengelakkan…

  • Cari Destinasi (9 July 2021)

    𝐖𝐎𝐖! 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐫 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 & 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝟓𝟕+ 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐎𝐏𝐔𝐋𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏!! Terima kasih diucapkan kepada team Majalah Online CariDestinasi.com atas sokongan, ulasan yang positif serta rating yang diberikan kepada Marina Island Pangkor Resort & Hotel sebagai 57+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR tahun 2021.  Ikuti panduan khas tempat bercuti…