Artikel Perak Kini – 20 kawah dodol berjaya dimasak melalui Program Dodol Jiwa Murni TLDM dan Marina Island (11 Mei 2023)
PERAK KINI – 20 kawah dodol berjaya dimasak melalui Program Dodol Jiwa Murni TLDM dan Marina Island
Lumut, 11 Mei – Program Dodol Jiwa Murni yang berkonsep ” Mesra Masyarakat ” melalui kolabrasi utama Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM) serta penglibatan daripada pihak NGO, Perak Amputee Football Association ( PAFA), rumah Ngaji Teluk Muroh dan sukarelawan belia berjaya menghasilkan sebanyak 20 kawah dodol dan 100 batang lemang.
Menurut Panglima Pendidikan dan Latihan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Dato’ Anuar b Mohamed, program ini adalah bersempena mengambil tema ‘ TLDM dan masyarakat berpisah tiada ‘ dan menzahirkan konsep kertas putih pertahanan ‘ whole of society ‘ yang membawa maksud aspirasi TLDM untuk menjadikan Lumut Bandar Maritim sebagai sebuah bandar yang mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh komuniti di daerah Manjung.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Pangkor, Cik Ding Mei Looi, Marina Island Pangkor, komited untuk menganjurkan pelbagai program yang melibatkan penyertaan menyeluruh daripada komuniti tempatan di sekitar daerah Manjung.
” Kami percaya pemilihan tema program Dodol Jiwa Murni ini mampu memberikan semangat kekitaan melalui bergotong royong memasak dodol dan menggamit nostalgia suasana beraya di kampung ” ujar beliau.
” Sebanyak 20 kawah dodol serta 100 batang lemang mengikut resepi Chef Obama Azmi, Chef Eksekutif Marina Island Pangkor Resort dan Hotel, telah berjaya di masak dan diagihkan kepada komuniti setempat”
Menurutnya lagi, kolabrasi bersama TLDM jelas membuktikan hubungan baik antara TLDM dan Marina Island yang sentiasa bekerjasama dalam apa jua program.
Turut hadir sama bagi memeriahkan program ini ialah Muhammad Akmal Maradzi, Pengarah Eksekutif Marina Island Pangkor, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol ( B) Dato’ Shaharudin b Haji Nazari ( Orang Besar Jajahan Manjung), Dato’ Ding Poi Chung, Pengarah Urusan Marina Island Pangkor, YB Tuan Haji Rosli b Abd Rahman, ADUN Pasir Panjang dan Datin Hajjah Maziah Nazli Rafie, Komuniti Teluk Muroh.