Nostalgia Ramadhan Marina Island Resort & Hotel

Nostalgia Ramadhan Marina Island Resort & Hotel

Nostalgia Ramadhan@ Marina Island Resort & Hotel

Marina Island Resort & Hotel kini kembali dengan Bufet Nostalgia Ramadhan yang bertemakan lauk-pauk ala kampung di Terumbu Terrace @ Marina Island Pangkor Resort & Hotel.

Bufet kali ini dimeriahkan dengan menawarkan lapan stall makanan atau Live-Stations yang menyelerakan dengan berbagai hidangan utama, termasuk ‘‘Kambing Golek’’, ‘‘Ikan Siakap Gergasi’’, ‘‘Udang Harimau’’,”Murtabak”, “Dimsum” ,  dan tidak ketinggalan cita rasa Barat seperti pasta, waffle  dan banyak lagi. Aneka hidangan yang menarik ini pastinya akan memuaskan selera anda dan keluarga!

Selain itu, pelbagai jenis kuih tradisional Melayu tersedia seperti kek potong, cendol, ais kacang untuk dinikmati bersama sebagai pencuci mulut.

Tambahan pula,terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang menarik untuk para pengunjung yang hadir.

Mari kita beramai-ramai datang menjamu selera dan berbuka puasa dengan menikmati bufet Ramadhan di Terumbu Terrace @ Marina Island Pangkor Resort & Hotel!

Segera dapatkan eBaucar Bufet Ramadhan secara online sekarang di www.coopmarina.com/evoucher atau hubungi +016 559 7400, +60182380300 , 60183801200 untuk maklumat lanjut.

Jualan harga juadah berbuka puasa sepanjang 16 Mac sehingga 7 April 2024 iaitu dengan harga serendah RM 86 untuk Dewasa ataupun dengan harga serendah RM48 untuk kanak-kanak.

Mari berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sekerja Yang lebih menarik, 5 cabutan bertuah bakal menanti pelanggan setiap hari!

Buffet Ramadan MIRPH 2024

Similar Posts