Program Jiwa Murni: Bersama Menjaga Keindahan Marina Island

Program Jiwa Murni: Bersama Menjaga Keindahan Marina Island

Lumut, 19 Februari 2025 – Marina Island Pangkor dengan bangganya berkolaborasi bersama Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) dalam Program Jiwa Murni pada 19 Februari 2025. Program ini merupakan sebuah inisiatif komuniti untuk membersihkan pantai dan dasar laut di sekitar Lagun Marina Island.

Program ini turut disertai oleh Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Dr. Tay Yap Leong (PANGSEPPI) serta Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island Pangkor, Cik Ding Mei Looi, yang bersama-sama turun padang bagi menjayakan aktiviti ini.

Kerjasama erat antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Marina Island bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan bersama komuniti, malah dapat memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara ekosistem laut. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjadikan persekitaran kita lebih bersih dan lestari! 

FB: https://www.facebook.com/share/p/1BsUb5uorj/
IG: https://www.instagram.com/p/DGURS5ugKzn/?utm_source=ig_web_copy_link

Similar Posts