News Article Sinar Harian

News Article SINAR HARIAN- Gema Al-Jumu’ah di pantai Marina Island

LUMUT – Buat julung kalinya, alunan bacaan surah Al-Jumu’ah bergema di pantai Marina Island di sini bersempena Malaysia #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, pada Jumaat.

Biarpun pada awalnya penganjurannya cuaca hujan disertai angin kencang, ia tidak langsung mematahkan semangat kira-kira 60 peserta dari Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh untuk hadir bersama-sama mengalunkan bacaan surah Al-Jumu’ah itu.

Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie mengakui penganjuran kali ini cukup mencabar disebabkan cuaca yang tidak begitu mengizinkan tetapi berkat kesabaran serta keyakinan kepada ALLAH, ia berjaya diadakan dengan kerjasama pihak pengurusan Marina Island.

“Semua pihak terutama Marina Island memberikan kerjasama yang baik. Walaupun keadaan cuaca pada awalnya tidak mengizinkan, namun apabila kita mulakan bacaan surah Al-Jumuah, cuaca cantik dan ALLAH tolong.

“Alhamdulillah, ALLAH ilhamkan saya untuk mencari kelainan. Saya juga ada hubungan yang baik dengan pihak Marina Island dan mereka juga setuju. Walaupun Malaysia #QuranHour kemuncaknya diadakan pada 30 Ogos, kami awalkan penganjurannya di sini kerana masih di dalam bulan Ogos, bulan kemerdekaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Malaysia #QuranHour di Marina Island di sini pada Jumaat.

Bagi pentadabbur, Rafidah Mohammad, pemilihan Surah Al-Jumu’ah sebagai surah pilihan bagi sambutan Malaysia #QuranHour pada tahun ini amat penting untuk dihayati terutama dari aspek penyatuan ummah.

Jelasnya, bersempena ambang kemerdekaan, kekuatan dan nilai yang ada di dalam Surah Al-Jumu’ah harus digunakan untuk menyatukan umat Islam selain menghayati firman ALLAH SWT di dalam surah berkenaan bagaimana langit, bumi serta makhluk-makhluk bertasbih memuji-Nya.

“Kita bersyukur kerana dikurniakan alam yang cantik di mana jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Palestin dan sebagainya, mereka ada tempat-tempat yang cantik tetapi berlaku kemusnahan.”

“Kita sekarang ini di ambang merdeka, jadi kita gunakan kekuatan surah Al-Jumu’ah ini untuk satukan ummah kita terutama bagi orang lelaki apabila seruan azan solat Jumaat itu, kita datanglah beramai-ramai ke masjid dengan tujuan utama untuk mengukuhkan perpaduan beramai-ramai berjemaah ingat pada ALLAH, jadi kita akan jadi kuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi mengakui teruja dengan pengajuran pertama kali bagi Malaysia #QuranHour di premis mereka.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat korporat di Teluk Muroh di sini, pihaknya sentiasa mengalu-alukan program-program seumpama itu tambahan pula mengaji merupakan tabiat yang amat baik untuk mengingatkan diri setiap orang Islam supaya berbuat baik dan berfikiran positif.

“Kami sangat mengalu-alukan dan sangat menggalakkan program seumpama ini. Jadi apabila Rumah Ngaji beritahu hendak mengaji di sini, ia sesuatu yang luar biasa, jadi kami menyokong aktiviti dan program mengaji ini. Bagus ada peluang seperti ini di Marina Island.

“Mengaji bukan sahaja di rumah-rumah ibadah tetapi di mana-mana sahaja yang sesuai, bila rasa hendak mengaji, itulah tempatnya. Kita saling hormat-menghormati agama lain walaupun saya bukan Islam tapi kita faham tentang agama itu penting untuk semua orang agar mereka boleh refleks diri, pemikiran dan perbuatan untuk menjadi rakyat Malaysia yang matang dalam apa-apa jua tindakan,” katanya.

Semarak semangat Malaysia #QuranHour

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff menyifatkan penganjuran program Malaysia #QuranHour oleh Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di Marina Island sesuatu yang luar biasa.

Jelasnya, penganjuran lebih awal program tersebut menyemarakkan lagi semangat untuk lebih ramai peserta hadir ke program kemuncak Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos ini.

Menurutnya, sasaran peserta pada program kemuncak nanti mencecah sehingga 5,000 orang selain penganjuran di 3,000 lokasi hotspot di seluruh negara termasuklah oleh rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

“Kalau kita lihat apa yang dibuat oleh Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di Marina Island ini kita rasa ia sesuatu usaha menyemarakkan lagi kemuncak Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos.

“Paling penting juga sebenarnya luar biasa bukan setakat rasa nak buat di sini tetapi pasukan Rumah Ngaji Teluk Muroh akan ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan ini merupakan semangat yang besar daripada warga Malaysia,” katanya.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Slot tersebut akan bersiaran secara langsung melibatkan wakil media antaranya ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Sumber maklumat: https://www.sinarharian.com.my/article/681981/khas/quranhour/gema-al-jumuah-di-pantai-marina-island

Marina Island Pangkor - Family Vacation in Manjung Perak Marina Island Pangkor - Family Vacation in Manjung Perak

Similar Posts

  • Utusan Malaysia (14 October 2021)

    Keratan Akhbar Utusan Malaysia (Khamis, 14 Oktober 2021) Tajuk berita: Pelancong ke Pangkor meningkat Ulasan dari Ketua Pegawai Eksekutif Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, Ding Mei Looi mengenai peningkatan bilangan pengunjung ke Pangkor melalui jeti Marina dijangka mencapai 1,000 pengunjung pada Sabtu ini.  “Saya menasihati orang ramai membeli tiket feri secara atas talian bagi mengelakkan…

  • [Artikel] Kunjungan YB. Pn. Norhaslinda Binti Zakaria (ADUN Pangkor) ke Marina Island Pangkor

    Marina Island Pangkor berbesar hati menerima kunjungan daripada YB. Pn. Norhaslinda Binti Zakaria (ADUN Pangkor) hari ini. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara Pulau Pangkor, Lumut dan Marina Island serta bertukar pandangan dalam meningkatkan sektor pelancongan Manjung dan Bandar Maritim. Turut bersama adalah Dato’ Ding Poi Chung (Pengarah Urusan Kumpulan…

  • Marina Island News – Acara tahunan “Lou Sang” terpanjang di Perak

    Acara tahunan “Lou Sang” terpanjang di Perak anjuran Marina Island Pangkor telah diadakan pada 13 Februari 2024 di Jeti Kompleks Marina Island Pangkor. Lou Sang sepanjang 72 meter ini menggunakan lebih 900kg sayur-sayuran dengan melibatkan kerjasama dengan lebih 30 para pelajar daripada UniKL MiMET. Acara “Toss To Prosperity 2024” ini telah dirasmikan oleh YB. Teh…

  • 曼绒舒缓护理协会慈善筹款晚宴

    (实兆远28日讯)曼绒舒缓护理协会主席李利勇说,该会是非盈利机构,于2016年成立至今会所已搬迁过一次,目前会于同心花园的会所也是由一名热心人士象征式的租金出租。 他说,但由于登记要求照顾的末期癌病患不断增加,是为了有更广阔可容纳更多病床,以及储放各种医疗器材的空间,该会于是决定购买属于本身的会所,以更有效的为需要的病患和他们的家属提供服务。李利勇昨晚在该会于实兆远平安村北京大饭店举办慈善筹款晚宴说晚会是为筹募购买会所基金及行政开销等费用,希望热心人士继续给予该会支持。 他说,曼绒舒缓护理协会服务团队的专业人员有医生、护士和志工,并以医疗器材及患者家人提供辅导,免费为病危和无法治瘉的病患提供服务,地方上若有需要的病患,可以联络本会登记为会员再进一步安排。他也说,该会目前仍为约50名病患提供服务,而成立至今的8年时间内,也总共为曼绒区内的约600名癌患提供服务,病患年龄介于1岁至90余岁。他也说,该会也已获得批准税务减免,善长仁翁捐献的善款可以扣除税务。希望大家继续给予该会支持,以达到筹款100万令吉的目标。 行动党木威国会议员拿督倪可汉,赞扬曼绒舒缓护理协会同仁提供的免费服务,让许多有需要的病患和他们的家属获得照护和辅导,让他们的病情获得照顾,减轻病痛。他说,社会上需要更多能够为需要的群体提供服务的人,无论是财力或物力上给予他们支持,例如像舒缓护理服务,就能协助病患减轻病痛带来的痛及在人生的最后阶段活得更有尊严。倪可汉昨晚也宣布拨款5万令吉,充作曼绒舒缓护理协会购会所基金,大会财政陈美橤也在会上向出席者和热心捐款者致谢,现场筹款活动也为晚会筹获另外的1万6892令吉善款。 Source: https://perak.chinapress.com.my/?p=178265

  • Majlis Makan Malam dan Sumbangan Derma Kepada Manjung Palliative Care Society (MPCS)

    SETIAWAN – Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hadir merasmikan majlis makan malam dan sumbangan derma kepada Pertubuhan Rawatan Palliatif Manjung(MPCS) bertempat di Restoran Bei King , Setiawan dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan. Pada majlis tersebut Dato’ Ngeh Koo Ham turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 ribu dan disusuli oleh Syarikat Kar Sin Berhad berjumlah RM100…