HARGA TAMBANG FERI MARINA ISLAND TETAP KEKAL

CUKAI PERKHIDMATAN NAIK, HARGA TAMBANG FERI MARINA ISLAND TETAP KEKAL

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi berkata, bagi menggalakkan lebih ramai pelancong ke pulau itu sempena Tahun Melawat Perak 2024, syarikat terbabit akan mengekalkan harga tambang feri termasuk penginapan dan perkhidmatan.

“Kami tidak akan menaikkan harga, sebaliknya syarikat akan menyerap segala peningkatan kos operasi. “Jadi sudah pasti lebih ramai pelancong akan datang ke sini ,” katanya.

Menurut Mei Looi, dalam tempoh setahun pulau buatan itu menerima kira-kira 800,000 hingga sejuta pengunjung bagi menikmati semua perkhidmatan disediakan.

“Bagi suku pertama tahun ini terdapat peningkatan susulan kempen Tahun Melawat Perak dan kita menjangkakan ia akan terus rancak sehingga hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel di Manjung.
Mencipta kelainan untuk bufet Ramadan nya untuk tahun ini, hotel terbabit menyediakan satu menu baru kepada pengunjung iaitu hidangan ikan siakap dan Ikan Alu-alu (barracuda) bersaiz gergasi yang dipanggang. Hidangan ikan gergasi seberat empat hingga enam kilogram yang dibakar setiap hari bersama kira-kira 100 hidangan lain yang menjadi tarikan di Terumbu Cafe yang dapat memuatkan 250 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan itu dijual pada harga RM86 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bermula 16 Mac hingga 7 April ini, di samping menjamu selera hadiah menarik cabutan bertuah menanti tetamu yang berkunjung setiap hari.

Sumber info: https://careta.my/article/cukai-perkhidmatan-naik-harga-tambang-feri-marina-island-tetap-kekal

Similar Posts

  • 16 Fun things to do while you are staycationing at Marina Island Pangkor Resort & Hotel

    Get ready for a fantastic adventure at Marina Island Pangkor! Experience the beauty of nature, exciting activities and friendly Malaysian hospitality. In just 3 minutes, you can reach the beautiful Teluk Batik beach for sunbathing and swimming in the clear waters. In just 5 minutes you can reach Lumut, a lively town known for its…

  • Libur (2 August 2021)

    Terima kasih pada team media di Majalah Libur atas perkongsian! Pihak Marina Island sentiasa menantikan kunjungan semua. Jangan lupa untuk singgah di zon foto tepi laut kami yang digemari dengan gabungan instalasi seni & mural berwarna-warni. Jumpa nanti! Info lanjut; https://www.facebook.com/239985312775821/posts/4533177960123180/?sfnsn=mo

  • Artikel Viral Perak Tengah – Program Dodol Jiwa Murni TLDM & Marina Island (11 Mei 2023)

    Viral Perak Tengah – Lumut @ 11 Mei 2023 || Program Dodol Jiwa Murni TLDM & Marina Island • mesra rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 || Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 disambut dengan lebih meriah dan unik tahun ini dengan adanya aktiviti kemasyarakat (CSR) memasak dodol yang julung kalinya diadakan di daerah MANJUNG. Ini…

  • 曼绒舒缓护理协会慈善筹款晚宴

    (实兆远28日讯)曼绒舒缓护理协会主席李利勇说,该会是非盈利机构,于2016年成立至今会所已搬迁过一次,目前会于同心花园的会所也是由一名热心人士象征式的租金出租。 他说,但由于登记要求照顾的末期癌病患不断增加,是为了有更广阔可容纳更多病床,以及储放各种医疗器材的空间,该会于是决定购买属于本身的会所,以更有效的为需要的病患和他们的家属提供服务。李利勇昨晚在该会于实兆远平安村北京大饭店举办慈善筹款晚宴说晚会是为筹募购买会所基金及行政开销等费用,希望热心人士继续给予该会支持。 他说,曼绒舒缓护理协会服务团队的专业人员有医生、护士和志工,并以医疗器材及患者家人提供辅导,免费为病危和无法治瘉的病患提供服务,地方上若有需要的病患,可以联络本会登记为会员再进一步安排。他也说,该会目前仍为约50名病患提供服务,而成立至今的8年时间内,也总共为曼绒区内的约600名癌患提供服务,病患年龄介于1岁至90余岁。他也说,该会也已获得批准税务减免,善长仁翁捐献的善款可以扣除税务。希望大家继续给予该会支持,以达到筹款100万令吉的目标。 行动党木威国会议员拿督倪可汉,赞扬曼绒舒缓护理协会同仁提供的免费服务,让许多有需要的病患和他们的家属获得照护和辅导,让他们的病情获得照顾,减轻病痛。他说,社会上需要更多能够为需要的群体提供服务的人,无论是财力或物力上给予他们支持,例如像舒缓护理服务,就能协助病患减轻病痛带来的痛及在人生的最后阶段活得更有尊严。倪可汉昨晚也宣布拨款5万令吉,充作曼绒舒缓护理协会购会所基金,大会财政陈美橤也在会上向出席者和热心捐款者致谢,现场筹款活动也为晚会筹获另外的1万6892令吉善款。 Source: https://perak.chinapress.com.my/?p=178265

  • China Press Perak (7 October 2021)

    We’re in the news! Our newest attraction at Marina Island Jetty Complex have been featured in this wonderful article titled, “More than 10 new photo check-in stations added to Marina Island Jetty Complex” by the China Press (Thursday, 7 Oct, 2021).  Visit link to the full article: http://perak.chinapress.com.my/?p=86223 Thank you very much to our media…