Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Tiada Kenaikan Harga Tambang Feri, Penginapan di Marina Island

LUMUT: Tiada kenaikan harga bagi tambang feri, penginapan dan perkhidmatan lain di Marina Island tahun ini biarpun terdapat kenaikan pada kadar cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Marina Island, Ding Mei Looi, berkata syarikat itu akan menyerap segala peningkatan kos operasinya bagi menarik lebih ramai pengunjung serta menggalakkan rakyat melancong di dalam negara, selain merancakkan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).

Mei Looi berkata, pulau buatan itu menerima kira-kira 800,000 hingga sejuta pengunjung setahun bagi menikmati semua perkhidmatan disediakan.

“Bagi suku pertama tahun ini terdapat peningkatan susulan kempen Tahun Melawat Perak dan kita menjangkakan ia akan terus rancak sehingga hujung tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Buffet Ramadan Marina Island Pangkor Resort and Hotel di sini.

Bagi memberikan perkhidmatan terbaik, pihaknya telah bekerjasama dengan 60 pemandu pelancong bagi memastikan pelancong mendapat pengalaman menakjubkan ketika melawat Pulau Pangkor dan sekitarnya.

Bercakap mengenai bufet Ramadan, keistimewaan tahun ini ialah hidangan siakap gergasi seberat empat hingga enam kilogram yang dibakar setiap hari bersama kira-kira 100 hidangan lain yang menjadi tarikan di Terumbu Cafe yang dapat memuatkan 250 hingga 300 tetamu pada satu-satu masa.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan itu dijual pada harga RM86 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bermula 16 Mac hingga 7 April ini, di samping menjamu selera hadiah menarik cabutan bertuah menanti tetamu yang berkunjung setiap hari.

Sumber info: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/03/1225144/tiada-kenaikan-harga-tambang-feri-penginapan-di-marina-island

Similar Posts

  • Marina Island News – Acara tahunan “Lou Sang” terpanjang di Perak

    Acara tahunan “Lou Sang” terpanjang di Perak anjuran Marina Island Pangkor telah diadakan pada 13 Februari 2024 di Jeti Kompleks Marina Island Pangkor. Lou Sang sepanjang 72 meter ini menggunakan lebih 900kg sayur-sayuran dengan melibatkan kerjasama dengan lebih 30 para pelajar daripada UniKL MiMET. Acara “Toss To Prosperity 2024” ini telah dirasmikan oleh YB. Teh…

  • Kosmo Online (15 October 2021)

    Artikel terkini, “Lebih 2,000 pengunjung ke Pangkor dari Jeti Marina Island” (K! ONLINE, Mohamad Hafizi Bin Mohd Said | 15 Oktober 2021) …Perjalanan menaiki feri dari jeti ini ke Pangkor mengambil masa 10 minit selain mempunyai kemudahan tempat meletak kereta yang banyak. Baca artikel penuh: https://www.kosmo.com.my/…/lebih-2000-pengunjung-ke…/ Terima kasih kepada rakan media di Kosmo Online atas…

  • Tambang Feri Ke Pulau Pangkor Bermula 1 Julai 2022

    PEMBERITAHUAN TAMBANG FERI KE PULAU PANGKOR Bermula dari tarikh 1 Julai 2022, kadar baharu tambang feri ke Pulau Pangkor (Perjalanan Sehala) dari Jeti Lumut dan Jeti Marina Island adalah; Harap Maklum Pan Silver Ferry Sdn Bhd (309303-D) Duta Pangkor Express Feri Sdn Bhd (579928-H) *Petikan dari akhbar Berita Harian (25 Jun 2022)

  • Artikel Perak Kini – 20 kawah dodol berjaya dimasak melalui Program Dodol Jiwa Murni TLDM dan Marina Island (11 Mei 2023)

    PERAK KINI – 20 kawah dodol berjaya dimasak melalui Program Dodol Jiwa Murni TLDM dan Marina Island Lumut, 11 Mei – Program Dodol Jiwa Murni yang berkonsep ” Mesra Masyarakat ” melalui kolabrasi utama Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM) serta penglibatan daripada pihak NGO, Perak Amputee Football Association ( PAFA),…

  • 实兆远泗义兴慈善协会 捐2万助曼绒舒缓护理协会

    (实兆远7日讯)在过去8年一直默默耕耘,免费为曼绒县癌症病人提供关怀与照顾的 配合该会举办慈善晚宴,筹获了2万令吉的善款,用于协助曼绒舒缓护理协会筹购会所。 霹雳实兆远泗义兴慈善协会主席江国强昨早连同理事拜访曼绒舒缓护理协会,并移交2万令吉支票的仪式上,接受记者访问时说,难得在曼绒社区有一群义工义务关怀与照顾癌症病人,因此他认为应该获得社区里的个人与组织用行动来支持。 他说,该协会刚好举办慈善晚宴,理事们就议决在晚宴上协助曼绒舒缓护理协会筹款,通过从竞标福品的总额中捐出10%,再另加福品米桶里的七千多令吉款项,成功助筹了2万令吉。 王庆宥:用行动支持病患 霹雳实兆远泗义兴慈善协会晚宴工委主席王庆宥说,该会非常开心,晚宴当晚的竞标福品活动能获得热烈的响应,超出预期的协助曼绒舒缓护理协会筹到了两万令吉。 泗义兴慈善协会传承的是仁义,这也符合曼绒舒缓护理协会关怀病患的理念,因此两个组织的理念可说是不谋而合,我们理所当然的要用行动来支持。 慈善协会晚宴工委副主席李奕汕则表示,希望该会这次的善举,能起到抛砖引玉的效果,激发更多个人与组织,认识到曼绒舒缓护理协会的工作,并用行动予以支持。 陈美蕊感谢购新会所助患 曼绒舒缓护理协会财政陈美蕊代表该会感谢泗义兴慈善协会的帮助,助该会筹到了2万令吉的购置会所基金。 她说,该会创始于2016年,在过去的8年里,己免费为超过600名癌症病患及他们的家人,提供了关怀与照顾的服务,而要购置会所的原因,就是希望让该会拥有一栋永久性的建筑,以便为患癌人士提供更好的照料与关怀服务。 陈美蕊说,该会拥有专业的人士为癌症病患及家人提供专业的服务,包括有专业医生、有接受过培训的护士及具辅导专业资格的义工等。 我们的筹款目标是100万令吉,计划是要购置两间双层店屋,以及用于未来数年的营运费。如果只有一间店屋的话,就会面对空间不够储存医疗器材与病床的问题。 她说,该会早前曾举办慈善晚宴筹款,惟距离目标还有距离,因此呼吁各界给予响应与支持。 她提到,该会成功申请到财政部批准的捐款用于报税的资格,意即任何捐予该协会的捐款,是可以用于扣税。 欲知更多详情,可联系:办公室(017-391 3068)、李女士(012-501 6448) 、玛莉安娜(Mariana,012-302 1985)或电邮:[email protected]。 Source: https://www.sinchew.com.my/?p=5589245